Langkau ke kandungan

Terma 

Tempahan yang diterima adalah berdasarkan kepada persetujuan antara pihak tuan/puan (pelanggan) dan Rumuda Sdn Bhd – Zaiton (Penyelia Servis). 

Segala bentuk bayaran hendaklah dilunaskan berdasarkan pematuhan Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Zaiton sebagaimana berikut. 

Tempahan & Pembayaran: 

30%:  Deposit/Wang pendahuluan dari jumlah kesuluruhan jumlah pakej untuk tempahan tarikh dan tempat (Zaiton) 

30%: Dari jumlah kesuluruhan pakej dalam tempoh 5 bulan atau waktu pertengahan (Dimana yang pendek) sebelum majlis. 

40%: Baki jumlah keseluruhan pakej dalam tempoh satu bulan sebelum majlis. 

  • Pembayaran deposit, bayaran pertengahan sebelum majlis dan satu bulan sebelum majlis hendaklah dibuat melalui Bank Transfer ke: 

Rumuda Sdn Bhd 

No. Akaun CIMB: 860 603 4671 

  • Sekiranya tiada bayaran wang pendahuluan (deposit) ketika menetapkan arikh tempahan, pihak kami akan menganggap tidak menerima sebarang tempahan daripada pihak tuan/puan. 
  • Sebarang perjanjian secara lisan adalah tidak terpakai (tidak sah) 

Pembatalan Tarikh Tempahan: 

Satu Minggu Selepas Tempahan: 70% wang deposit akan dipulangkan. 

Waktu Pertengahan Sebelum Majlis: 70% wang deposit terkumpul akan dipulangkan 

Satu Bulan Sebelum Majlis: Tiada pemulangan deposit terkumpul 

(Segala Keputusan berlainan seperti diatas adalah tertakluk kepada budibicara pihak Pengurusan Zaiton) 

Pindaan/Pertukaran/Penangguhan Tarikh Tempahan: 

Segala pindaan, pertukaran dan penangguhan tarikh tempahan akan bergantung kepada kekosongan tarikh dan tempat. 

Sekiranya tiada tarikh yang bersesuaian, terma Pembatalan Tarikh Tempahan seperti diatas akan berkuatkuasa.