Terma
Tempahan yang diterima adalah berdasarkan kepada persetujuan antara pihak tuan/puan (pelanggan) dan Rumuda Sdn Bhd – Zaiton (Penyelia Servis).
Segala bentuk bayaran hendaklah dilunaskan berdasarkan pematuhan Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Zaiton sebagaimana berikut.
Tempahan & Pembayaran:
30%: Deposit/Wang pendahuluan dari jumlah kesuluruhan jumlah pakej untuk tempahan tarikh dan tempat (Zaiton)
30%: Dari jumlah kesuluruhan pakej dalam tempoh 5 bulan atau waktu pertengahan (Dimana yang pendek) sebelum majlis.
40%: Baki jumlah keseluruhan pakej dalam tempoh satu bulan sebelum majlis.
- Pembayaran deposit, bayaran pertengahan sebelum majlis dan satu bulan sebelum majlis hendaklah dibuat melalui Bank Transfer ke:
Rumuda Sdn Bhd
No. Akaun CIMB: 860 603 4671
- Sekiranya tiada bayaran wang pendahuluan (deposit) ketika menetapkan arikh tempahan, pihak kami akan menganggap tidak menerima sebarang tempahan daripada pihak tuan/puan.
- Sebarang perjanjian secara lisan adalah tidak terpakai (tidak sah)
Pembatalan Tarikh Tempahan:
Satu Minggu Selepas Tempahan: 70% wang deposit akan dipulangkan.
Waktu Pertengahan Sebelum Majlis: 70% wang deposit terkumpul akan dipulangkan
Satu Bulan Sebelum Majlis: Tiada pemulangan deposit terkumpul
(Segala Keputusan berlainan seperti diatas adalah tertakluk kepada budibicara pihak Pengurusan Zaiton)
Pindaan/Pertukaran/Penangguhan Tarikh Tempahan:
Segala pindaan, pertukaran dan penangguhan tarikh tempahan akan bergantung kepada kekosongan tarikh dan tempat.
Sekiranya tiada tarikh yang bersesuaian, terma Pembatalan Tarikh Tempahan seperti diatas akan berkuatkuasa.
